Friday, June 11, 2010

Hari ini aku akan menulis lagi

(Ayuh kita mula menari!)

Hari ini aku akan menulis lagi
Setelah sekian lama menyepi
Tentang kisah yang telah terjadi
Tentang diri yang menipu kalbi
Aku diresahi kealpaan
Kerana terlalu banyak menjilat garam
Aku terpesong dek halimunan
Terkapai di tengah jalan
Meronta tersiksa
Tandus
Lerai
Gugup
Tewas
Dibayangi hantu puaka
Yang datang memamah darah luka
Yang menghisap di setiap tempat
Terjerumus!
Jatuh!
Aku sakit mengerang
Menangis tak berdendang
Mengeluh marah saja
Membadai pusaka jiwa
Aku lerai hati
Aku terajang badan
Aku sepak atap
Aku tendang air
Aku baling gunung ke gunung
Aku simbah lautan ke lautan
Aku murba dalam sembah seloka
Aku jantani hati
Mendengus!

Lantakkan cincin itu
Buangkan masa dalam jam waktu
Buangkan jari dalam genggamanku
Buangkan air noda dalam pinggulku
Buangkan mahligai tak terwarna
Helalah nafas tanpa udara
Aku bilang oksigen
Di dalam nitrogen
Aku dambakan hidrogen
Membakar liang-liang yang sempit
Terkepit!

Siapakah itu? Kuali atau dapurnya?
Berlenggang sama
Bercium bangga
Ditengah khalayak kota
Tak kira malam atau siang
Perempuan mencintai perempuan
Lelaki menafsui lelaki
Menjadi raja rasuah yang merasuahi
Menjadi kapitalis bongok
Mampuslah!

Dogma terdogma
Sepilis sahaja
Sesat ajaran ditipu atas nama tariqat
Sesat laksana durjana Yahudi dan Nasrani
Sesat menjadi hamba syaithan manja bermusuhi
Gampang!

Ganaskah puisimu itu?
Brutalkan tulisannya!
Mati!

Ini versi mati nombor satu
Bila darah mengalir pasrah
Memerah
Tak guna!

Pergilah wahai sang penipu
Yang tahu mengkuda saja
Gila!

Wahai skrin laptop dan papan kekunci
Ayuh kita mula menari!

Wednesday, March 10, 2010

Daun semalu yang kujumpa semalam

Mereka adalah daun semalu yang kujumpa semalam
Di padang di sebalik bukit yang warnanya biru kerana bukit itu jauh dariku
Di bukit itu mengalir air yang sejuk dan dingin
membasahi padang itu yang kini semakin semak
Semak kerana banyaknya duri-duri dan daun-daun semalu
malu kerana mereka malu nak menyatakan
bahawa hati sudah semakin suka
Suka sudah semakin kasih
Kasih sudah semakin rindu
Rindu sudah menjadi Cinta
Cinta sudah menjadi ikatan
Ikatan yang akan diijab
Ijab yang akan dikabul
lalu jadilah mereka nantinya
sejarah baru manusiawi
sebagaimana sejarah-sejarah manusia uryani
di lembah sepi
Mereka adalah daun semalu yang kujumpa semalam
Bila jari kusentuh padanya
ia kuncup dan malu

Monday, February 01, 2010

who's the provider anyway
in the labour of love
in restoring the ruins
in making history
in building a Rome?
teared away....
for it's all up to us...
to you and me.