Wednesday, March 10, 2010

Daun semalu yang kujumpa semalam

Mereka adalah daun semalu yang kujumpa semalam
Di padang di sebalik bukit yang warnanya biru kerana bukit itu jauh dariku
Di bukit itu mengalir air yang sejuk dan dingin
membasahi padang itu yang kini semakin semak
Semak kerana banyaknya duri-duri dan daun-daun semalu
malu kerana mereka malu nak menyatakan
bahawa hati sudah semakin suka
Suka sudah semakin kasih
Kasih sudah semakin rindu
Rindu sudah menjadi Cinta
Cinta sudah menjadi ikatan
Ikatan yang akan diijab
Ijab yang akan dikabul
lalu jadilah mereka nantinya
sejarah baru manusiawi
sebagaimana sejarah-sejarah manusia uryani
di lembah sepi
Mereka adalah daun semalu yang kujumpa semalam
Bila jari kusentuh padanya
ia kuncup dan malu