Thursday, December 06, 2012

stand still

Tweet tweet mind wandering
Dub. Dub. Heart slowly racing,
Tounge twisting with no sound,
Body slowly breaking and dumbfound...
..Soul.. Please stay put.

Saturday, December 01, 2012

Soulless Journey

I got shiver down my spine, stood still on a borderline,
I got little oasis left in my sight, no more tears in the silent night,

I got a drive for a flee, but it chained down my needs,
I am now Nobody

Wednesday, August 22, 2012

Tukang Cerita

Ia memulakan atur penanya
Dan menzahirkan rentak ceritanya
Yang disalin semula 
Dari manuskrip lama

Kisah tentang bahtera Nabi Nuh
Tentang banjir besar
Dan keturunan Nabi Nuh adalah
Sam, Ham dan Yafidz

Adapun Sam punya anak banyak
Semuanya para Anbiya
Juga para Mursalin
Sampai kepada Junjungan Ibrahim
Dan anaknya Ismail dan Ishak
Keduanya bersaudara

Ya'aqub dan anaknya Yusuf
11 mata air
Dan Musa Yang Gagah berani 
Bersama saudaranya Harun
Kisah Nabi Daud tewaskan Jalut
Dan anaknya Raja Sulaiman

Keluarga Ali Imran dan Maryam
Yang akhirnya lahir Isa Alaihi Salam
Diangkat ke langit oleh Allah
Diakhiri Junjungan Besar Muhammad SAW

Ham juga punya keturunan banyak
Di suatu benua di tengah dunia
Afrika diberi nama
Yafidz pun sama
Ada yang jadi Turki
Ada yang jadi Cina
Ada yang jadi Ya'juz dan Ma'juz

Kisah-kisah manusia
Sejarah dan asal usul mereka
Bertautan dan berjajaran
Dan akhirnya ada yang berhijrah jauh
Sampailah mereka ke 
Tanah Semenanjung...

Friday, June 10, 2011

Al Insan - Pesan Dari Sorga

(Buat Kekanda Amirul Fakir - Perginya Bersama Pesan)



Di sana
Kau akan minum Kaa Fura
Di dalam piala jaya

Dan kau akan minum lagi
Air Zanjabila
Dari mata air Salsabila

Buat laraskan tekakmu
Yang dulu
Tika di fana' ini
Kau laharkan
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Kebenaran
Haq!

Friday, June 11, 2010

Hari ini aku akan menulis lagi

(Ayuh kita mula menari!)

Hari ini aku akan menulis lagi
Setelah sekian lama menyepi
Tentang kisah yang telah terjadi
Tentang diri yang menipu kalbi
Aku diresahi kealpaan
Kerana terlalu banyak menjilat garam
Aku terpesong dek halimunan
Terkapai di tengah jalan
Meronta tersiksa
Tandus
Lerai
Gugup
Tewas
Dibayangi hantu puaka
Yang datang memamah darah luka
Yang menghisap di setiap tempat
Terjerumus!
Jatuh!
Aku sakit mengerang
Menangis tak berdendang
Mengeluh marah saja
Membadai pusaka jiwa
Aku lerai hati
Aku terajang badan
Aku sepak atap
Aku tendang air
Aku baling gunung ke gunung
Aku simbah lautan ke lautan
Aku murba dalam sembah seloka
Aku jantani hati
Mendengus!

Lantakkan cincin itu
Buangkan masa dalam jam waktu
Buangkan jari dalam genggamanku
Buangkan air noda dalam pinggulku
Buangkan mahligai tak terwarna
Helalah nafas tanpa udara
Aku bilang oksigen
Di dalam nitrogen
Aku dambakan hidrogen
Membakar liang-liang yang sempit
Terkepit!

Siapakah itu? Kuali atau dapurnya?
Berlenggang sama
Bercium bangga
Ditengah khalayak kota
Tak kira malam atau siang
Perempuan mencintai perempuan
Lelaki menafsui lelaki
Menjadi raja rasuah yang merasuahi
Menjadi kapitalis bongok
Mampuslah!

Dogma terdogma
Sepilis sahaja
Sesat ajaran ditipu atas nama tariqat
Sesat laksana durjana Yahudi dan Nasrani
Sesat menjadi hamba syaithan manja bermusuhi
Gampang!

Ganaskah puisimu itu?
Brutalkan tulisannya!
Mati!

Ini versi mati nombor satu
Bila darah mengalir pasrah
Memerah
Tak guna!

Pergilah wahai sang penipu
Yang tahu mengkuda saja
Gila!

Wahai skrin laptop dan papan kekunci
Ayuh kita mula menari!

Wednesday, March 10, 2010

Daun semalu yang kujumpa semalam

Mereka adalah daun semalu yang kujumpa semalam
Di padang di sebalik bukit yang warnanya biru kerana bukit itu jauh dariku
Di bukit itu mengalir air yang sejuk dan dingin
membasahi padang itu yang kini semakin semak
Semak kerana banyaknya duri-duri dan daun-daun semalu
malu kerana mereka malu nak menyatakan
bahawa hati sudah semakin suka
Suka sudah semakin kasih
Kasih sudah semakin rindu
Rindu sudah menjadi Cinta
Cinta sudah menjadi ikatan
Ikatan yang akan diijab
Ijab yang akan dikabul
lalu jadilah mereka nantinya
sejarah baru manusiawi
sebagaimana sejarah-sejarah manusia uryani
di lembah sepi
Mereka adalah daun semalu yang kujumpa semalam
Bila jari kusentuh padanya
ia kuncup dan malu

Monday, February 01, 2010

who's the provider anyway
in the labour of love
in restoring the ruins
in making history
in building a Rome?
teared away....
for it's all up to us...
to you and me.