hati itu tidak bujur
tidak jugak bulat
hati itu diikat
dengan salur darah berlikat
kalau ditekan, membulat beku darahnya
kalau dijentik, teresak-esak ia meraung
apatah lagi direntap
mati terus nadinya!
dia ketawa kerana berahsia
bila diam
mungkin bakal mati hatinya
No comments:
Post a Comment