Monday, December 29, 2008

Coretan I, II, III

liza - coretan I

setelah kau dustai pelangi manja memanjai
kau conteng arang merah di muka-muka pemberahi
kau telanjang bugil di setiap negeri
kau ajak pelontar besi menjolok ngeri
kau taburkan kemeyan bersepahan
dan kau gigit daging-daging mentah meratah

kisah liza - coretan II

dia anak manja
dia kehilangan kasih ibunya
dia dendam ibu tiri
dia marahi bapa
dia kejami diri
dia lari... lari... jauh-jauh
dia masih remaja
dan dia bukan wanita lagi
dialah liza dan itulah kisahnya

antara liza dan syabu - coretan III

bukannya liza mahu itu syabu
dan bukan juga syabu itu mencari liza
yang hakikat adalah keseksaan nikmat
yang lekat adalah benih-benih kesumat pekat

liza dan gila adalah sudaranya
gila dan liza adalah saling berbantuan
mereka saling membutuhkan
gilakah liza bila liza menggila

dalam malam pekat lazat, lazatnya cinta bersama liza

2 comments:

Fazrulls said...

Salam bro,

lawa blog.. hee orait..

Cheguman said...

Blog yang menarik. Boleh ajar?